Pages

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 28, 2009

KENAPA KITA WAJIB SOLAT????

SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.

Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)


Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

"Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (an-Nisa':103)

Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

  • Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

    "Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

  • Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.

  • Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

    "Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

  • Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.

    "Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

  • Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

    "Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

  • Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.

    Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

    "Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

    Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.

    Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.
  • 11 jenis manusia didoa malaikat

    PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

    Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.


    Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

    Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

    Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

  • 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

  • 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

  • 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

  • 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

  • 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

  • 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

  • 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

    "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

    Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

  • 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

  • 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

  • 10. Orang yang sedang makan sahur.

    Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

  • 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

    Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
  • Tuesday, March 24, 2009

    If U.......


    If you see me walking the road with someone else
    Its not because I like his company

    Its because you're not brave enough to walk beside me.

    If you hear me talking about him all the time

    Its not because he pleases me

    Its because you're too deaf to hear my heartbeat
    If you feel me falling with someone new
    Its not because I love him
    Because you're not there to catch me fall
    If you feel lost, I too am nowhere
    I too don't know where the road is going
    Are we gonna cross each other's path
    Or just completely turn around?
    Will we just let go of what we had
    Or go to the place where love is bound
    Don't let me walk with him
    Its you I want to walk with

    Don't let me talk of him
    It's you I want to talk with
    Don't let me fall for him
    It's you I want to fall in love with.



    Saturday, March 21, 2009

    3 SIKAP buat Wanita Nampak HODOH

    ASSALAMUALAIKUM....

    EMMM...nak share sikit info nie...emm to women out there this is all about u...

    3 sikap yg buat wanita nmpk hodoh....

    1. JAHIL

    Jahil tentang ilmu dunia dan akhirat mmbuatkan kita nampak hodoh.
    walaupon dunia semakin maju dgn teknologinya....tapi ilmu agama tidak harusnya berubah dan harus d pegang kuat. hanya ilmu yang leh angkat status dan mengubah sejarah hidup manusia.
    wanita yang berkelulusan tinggi akan sesat tnpa ilmu agama yang sahih

    2. BUTA HATI

    cantik paras rupa tapi buta hati. hati merupakan pusat tenaga pada diri manusia. jika baik hatinya...maka baiklah segala amalannya dan begitu juga sebaliknya.

    hati akan sakit jika kita x kenal ALLAH dan RASULULLAH dgn sebenar2 nya....
    jln utk mengenali ALLAH dan RASUL terletak pada AL- QURAN dan HADIS....bukan setakat d baca tpi juga dikaji,diamal dan d perjuangkan..insyaALLAH hidup kita akan lebih selamat dan tenang dgn adanya petunjuk niee,,
    hati yg tidak tersentuh dgn ayat2 ALLAH dan ilmuNYA semakin lama akan semakin kotor dan seterusnya akan mengambil masa yg lama utk d bersihkan...

    hati juga akan sakit jika terlalu berlebihan dalam perkara mubah...seperti byk mkn.byk tidur,byk hiburan,byk game,byk shopping...sibuk bersenam...
    mengalahkan kewajipan yang septtnya d utamakan. agama ISLAM x larang kita utk bersenang2 tapi ada had dan batas....
    seharusnya perkara dunia dan akhirat seimbang...

    3. KASAR LIDAH

    percakapan yg kasar juga akan membuat seseorg pompuan nampak hodoh.....
    emmm mengumpat..mencaci...memfitnah....smuanya d kaitkan dgn pompuan kan?
    emm knapa harus jd mcm tu?
    mulut cepat sgt nak kuar crita mcm2...
    btoi..sbb sy sndiri pon mcm tu...
    uwaaaa
    takotnyaa...
    pasnie kena ubah perangai niee....
    lebih baik diam....kalo ckp benda bukan2
    perbualan yg kasar juga akan mnunjukkan pd org akan sikp kita yg sebenar,..so jgnla terlalu keras perckpn...pompuan ni sinonim dgn perckpn yg lembut2...
    heheehe


    so ke3 sikap d atas secara hakiktnya mmg akan mmbuatkan wanita nmpk hodoh..
    so mari bersama2 ubah kesilapan dan kekhilafan...
    kita mmg x lari dr kesilpn...

    tp slagi masa ada..BERUBAHLA KE ARAH YG LEBIH BAIK....
    INGT ALLAH DLM STIAP LGKAH KITA....
    JGN SESEKALI MENGHUKUM ORG....
    EMMM
    SENYUM SLALU..
    UKHWAH FILLAH...
    SALAM

    Friday, March 20, 2009

    alhamdulillah...smuanya hampir selesaaii =)

    assalamualaikum

    hehehe
    pg td ada kenegAraan...presentation..ptg plak ada test 2 fisiologi manusia...emm pa yg masuk??
    reproductive physiology,integumentary and muscular. ALL those subject supposed to be easy for us la..but what to do...study during last minute....some in n some in but doesnt keep inside hehehhee
    ......
    ......
    ......
    but so far i think....much better that the previous test kot...
    insyaALLAH LA...yg baca masukla jugaak kan...
    soklan mcm best ja
    fill in the blank
    heheehehhe

    ........
    .......
    ,,,,,,,,,
    hbs tu p beli nasik n ayaq...mcm besa milo ais...emmm
    mlm stg nk p dengar cramah kat surau....maulidur rasul punya...
    pg sok ada kursus jenazah tp ak x p kot.....
    pg td gak p amik tjuk asignment utk pkp
    heheheh...
    mcm best...tajuk last tu...management of water resources antar jumaat dpn b4 kol 5...hehhehe
    so skrg nie kalut utk asignment n lab repotla...
    presentation dh hbs..walopon rs mcm x puas ati jaaa..uwaaa
    sebaaakk
    hehe,...
    nak wat cmna...nk ckp bnda lain kluar bnda lain plaakk...
    waaaa tkotnyaaa i.c ak niee....
    mntk2 la mak jmpa....risau gak niee...
    aduh cmna leh loqlaq sgt xtau...

    emmm
    coretanku berhenti d sini.....
    dah nak maghrib nie....
    nnt ku sambung....

    ~~assalamualaikum~~...

    Monday, March 16, 2009

    Antara Bersin dan Menguap

    Antara Bersin dan Menguap
    www.iLuvislam.com
    oleh : everjihad


    Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’alaa anhu, Rasulullah bersabda, :

    “Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa karenanya”. (Shahih Bukhari, 6223)

    Imam Ibn Hajar berkata, “Imam Al-Khathabi mengatakan bahwa makna cinta dan benci pada hadits di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadits itu. Yaitu bahwa bersin terjadi karena badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang.

    Ini berbeda dengan orang yang menguap. Menguap terjadi karena badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk beraktivitas, hal ini karena banyaknya makan . Bersin bisa menggerakkan orang untuk bisa beribadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas (Fath-hul Baari: 10/6077)

    Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut.

    Rasulullah bersabda:
    Apabila salah seorang diantara kalian bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum (HR. Bukhari, 6224)

    Dan para doktor di zaman sekarang mengatakan, “Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahwa otak dan tubuh orang tersebut membutuhkan oksigen dan nutrisi; dan karena organ pernafasan kurang dalam menyuplai oksigen kepada otak dan tubuh.

    Dan hal ini terjadi ketika kita sedang mengantuk atau pusing, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian. Dan menguap adalah aktivitas menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!!

    Karena mulut bukanlah organ yang disiapkan untuk menapis udara seperti hidung.

    Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai-bagai jenis mikroba, kuman dan debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh.

    Oleh karena itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan “menguap” ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan punggung tangan kiri.

    Bersin adalah lawan dari menguap yaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkuras dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan.

    Oleh karena itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaithan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh.

    Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap. (Lihat Al-Haqa’iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155).


    Sumber : http://wishbeukhti.wordpress.com

    Tuesday, March 03, 2009

    ISTIQAMAH.........PERBETULKAN NIAT

    salam...

    dah masuk bulan mac nie...
    xlama lg april plak...
    blajar pon kelam kabut gak nie...
    emm
    emmmm
    ak x mau dah truskan benda nie..ak akan cuba ikhtiar utk keluar dr smua benda niee
    ak harus..ak mesti..ak xleh trus terleka mcm nie...
    yg pasti....aku x mintak smua nie jadi...
    aku x mintak nak kenai org tu..org nie...aku xpenah inginkan smua tu
    aku hanya mahukan ketenangan...aku xleh teruskan kalo hidup aku terumbang ambing mcm nie
    dan aku xleh bermain dgn api...apapon terjadi ....AKU NEKAD...AKU PERLU BERUBAH...

    AKU HARUS BERUBAH
    AKU PERLU JADI INSAN YG BARU
    HAMBA ALLAH YANG MEMPUNYAI MATLAMAT HIDUP...
    ..................
    ......................
    ........................
    .............................
    apa yg nak jadi pon jadilah...tp aku dah xleh nak mainkan hati org dah...
    aku penat menjaga hati orang lain sedangkan hati aku sendiri tak terjaga....
    ini bukanlah diriku yg sebenarnya....
    aku perlu keluar dari kepompong ini...

    YA ALLAH...BANTU AKU...
    AKU PERLUKAN ENGKAU..JANGANLAH TINGGALKAN AKU LAGI...

    penat dgn kelas lg....asignment lg...presentation lg...
    kelas ganti pon byk minggu nie..
    minggu nak balik nie la slalunya minggu yg paling sibuk sekali...
    nak balik sebab ada benda yg perlu di setelkan dan untuk mulakan hidup baru...
    aku kena buang sikap main2 aku nie sbb smua ini akan menyusahkan aku jugak...
    so meaningless...
    i need to change..please...i cant take this anymore...so tiring...
    hidup mmg mcm2...

    apa yg penting
    KEMBALI KEPADA ALLAH YANG MENCIPTAKAN KITA...APAPUN SMUA DALAM RANCANGANNYA...KITA TIDAK BOLEH UNTUK MENIDAKKANNYA...

    WALLAHU'ALAM

    NAK REZEKI MURAH TAK?

    LINKAGE~

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...