Pages

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 27, 2011

please be strong dear =)





salam satu malaysia
selamat tahun baru cina to all chinese in Malaysia...bak limau skt yaa =)

mcm besala...smngu sblm nak cuti....mcm2 keja ada...betoi2 mencabar punya =p
tu pun dan lagi nak menaip nie..even xdak pa sgt dalam kepala nie...
ni pon tgh menelek 3 jurnal for tomorow lecture of health research method 3 jam.huhuh...
kena baca betoi2..tapi tu la satu jurnal pon xhabis lg nie ha..hehe..support3x please!!!!!!!!!!!!

pastu repot tuk food safety need to be submitted tomorrow before going back home n tomorrow we will doing the gram - stain for determining the bacteria..and need to go there at 8am...emmm 9am ada klas smpi kol 12...kol 12 lab ttp n kul 3 ada klas lg...smpi kol 5..wah2..mcm best ja sok nie hehe...excited pon ada...
YA ALLAH..berikan aku kekuatan untuk menghadapi esok hari amiin 

sok gak nak kena submit repot latihan industri nasib baik dah siap awal..alhamdulillah..di permudahkan sgala urusan alhamdulillah...

mngu nie dok kalut dgn lab tuk food safety ja la..nak kena incubate berjam2...berhari2...kacau hbs klas yg lain...adoi..jd xbestla mcm nie...x buat kang susah plak..

YA ALLAH..AMPUNI AKU KERANA MENJADI LALAI DAN LEKA...




Friday, January 21, 2011

kelemumur???


dandruff.jpg (400×400)

Ada pendapat yang mengatakan kelemumur adalah masalah kosmetik dan bukannya satu penyakit. Sebenarnya kelemumur hanyalah suatu gangguan psikologi yang boleh dikesan dengan adanya kepingan-kepingan putih pada rambut. Biasanya kelemumur mudah diatasi dengan menggunakan syampu anti kelemumur yang banyak terdapat di pasaran hari ini.

Kitaran Penggantian Sel Kulit Kepala

Kulit manusia terbahagi kepada beberapa lapisan, iaitu:
  • Epidermis- mudah dikenalpasti, bahagian paling atas yang kita lihat.
  • Dermis- Lapisan kedua, terletak di bahagian bawah epidermis
  • Hipodermis- lapisan paling bawah
Lapisan epidermis pada bahagian kulit kepala agak tebal berbanding dengan bahagian kulit pada anggota badan yang lain. Lapisan ini mengeluarkan lebih banyak lembapan dan berminyak. Ini kerana epidermis merupakan lapisan pelindung bahagian kepala. Oleh itu, lapisan ini mengalami penggantian sel pada tempoh kitaran yang tertentu.

Lapisan dermis pula terbahagi kepada beberapa lapisan kecil, yang paling utamanya ialah korneum (lapisan luar) dan basal (lapisan dalam). Proses pembentukan sel-sel baru berlaku pada lapisan basal yang mana apabila berlaku pembahagian sel maka sel baru akan terbentuk. Sel-sel baru yang terbentuk ini kemudiannya akan menolak sel kulit kepala di atasnya ke bahagian permukaan epidermis dan mengalami tempoh matang yang tertentu. Sel yang lama pada permukaan epidermis ini kemudiannya akan mengering, berkeratin dan meleper. Proses penggantian ini akan berhenti apabila sel-sel baru berada di bahagian bawah lapisan sel lama. Sel lama yang mati ini kemudiannya akan terkeluar dengan sendiri secara perlahan-lahan apabila kita menggaru atau mencuci kepala. Dalam keadaan biasa, kitaran penggantian sel baru berlaku antara 25 hingga 28 hari.

Bagaimana Terjadi

Kelemumur terjadi apabila berlaku peningkatan dalam penghasilan sel-sel baru pada lapisan basal, kecepatan penghasilan sel-sel baru berlaku pada setiap tujuh hari. Dengan tempoh masa yang singkat ini sel-sel yang sedia ada tidak sempat matang, akhirnya keluar daripada kulit kepala menjadi serpihan-serpihan putih tanpa proses pengeringan dan terpisah secara semula jadi daripada lapisan epidermis. Serpihan-serpihan putih yang kelihatan ini dikenali sebagai kelemumur.

Pembentukan kelemumur ini mempunyai kaitan dengan proses penggandaan suatu mikroorganisma berbulu yang dikenali sebagai Malassezia furfur yang bertindak sama ada secara langsung atau menerusi lebihan penghasilan minyak, penghasilan bahan pepejal yang membuatkan kulit kepala gatal dan akhirnya mengakibatkan penggandaan proses penggantian sel-sel baru. Mereka yang mengalami masalah kelemumur yang berpanjangan turut mengalami penipisan lapisan epidermis atas dengan mempunyai sebanyak 10 lapisan berbanding 25 hingga 35 pada kulit kepala yang sihat.
Namun ada juga pendapat yang mengatakan kelemumur berpunca daripada faktor genetik yang dipengaruhi oleh hormon androgen. Kelemumur amat jarang berlaku kanak-kanak dan biasanya menyerang orang dewasa sekitar usia 50-an.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh satu badan penyelidik sektor pembuatan produk-produk kosmetik, terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab berlakunya kelemumur. Namun yang paling ketara ialah terdapat sejumlah koloni mikroorganisma atau yis yang dikenali sebagai Malassezia furfur atau Pityrosporum ovale. Bentuk Malassezia furfur pada kulit kepala yang sihat adalah seperti flora dan berfungsi sebagai pelindung kepada kulit kepala. Namun, daripada kajian saintis, apabila kelemumur berlaku jumlah mikroorganisma ini turut bertambah dengan banyaknya.
Penghasilan sebum lebih memburukkan lagi keadaan kulit kepala yang diserang kelemumur kerana sebum adalah sumber makanan mikroorganisma Malassezia furfur. Selain itu, terdapat faktor penyebab lain seperti stress, diet yang tidak seimbang dan pertukaran hormon.

Masalah Yang Biasa Tapi Kompleks
Kelemumur merupakan masalah kebanyakan penduduk negara ini. Daripada kajian yang dilakukan mendapati 39 peratus rakyat Malaysia atau dengan kata lain setiap seorang daripada dua orang rakyat negara ini mengalami masalah kelemumur sejak tiga bulan yang lalu! Walaupun kita sedia maklum masalah kelemumur dapat diatasi dengan penggunaan produk-produk tertentu tetapi ia menjadi masalah besar kepada wanita yang takut keguguran rambut yang serius dan masalah kulit yang memalukan berbanding dengan kaum lelaki yang hanya bimbang tentang kehilangan rambut mereka. Hasil kaji selidik mendapati sebanyak 40 peratus masalah kelemumur dihadapi oleh kaum wanita negara ini manakala 37 peratus adalah kaum lelaki. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah kelemumur tidak mengetahui punca kelemumur dengan jelas. Oleh itu pelbagai tanggapan telah dibuat sebagai faktor penyebab. Ada juga yang berpendapat kelemumur terjadi akibat penggunaan pewarna rambut dan ada juga yang menganggap perkongsian sikat rambut merupakan penyebab. Sebenarnya tanggapan ini tidak benar sama sekali!

Kaedah Pengawalan

Kenapa proses penghasilan sel-sel baru menjadi semakin aktif sehingga mengakibatkan berlakunya kelemumur? Pertambahan koloni mikroorganisma Malassezia furfur mengakibatkan kesan gatal pada kulit kepala dan ini menyebabkan berlaku penggandaan yang ketara dalam proses penghasilan sel-sel baru. Manakala faktor-faktor lain termasuklah kelembapan dan minyak yang berlebihan akibat proses pencernaan yang dilakukan oleh mikroorganisma berkenaan.
Namun, tanggapan umum mengatakan kelemumur adalah masalah kosmetik dan boleh diselesaikan dengan menggunakan syampu rumusan khas anti kelemumur untuk mengawal keruping-keruping putih pada kulit kepala.

Terdapat beberapa jenis syampu anti kelemumur yang mengandungi agen-agen pembasmi yang tertentu, antaranya:
· Sitostatik - mengawal secara perlahan-lahan proses pembentukan sel-sel baru kepada tahap normal, tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan yang boleh mengakibatkan pertambahan mikroorganisma Malassezia furfur.
· Keratolitik - bertindak menghapuskan lapisan akhir sel-sel dalam korneal dan mengeluarkan lapisan sel berkenaan. Rawatan ini menggunakan bahan asas sulfur dan asid salikilik.
· Anti mikrob - bertindak mengurangkan jumlah Malassezia furfur dan menghalang 
pertambahannya.

Pengawalan yang paling berkesan di antara ketiga-tiga kaedah itu ialah melalui penggunaan agen anti mikrob. Agen ini mampu bertindak dengan berkesan dalam air. Agen anti mikrob bertindakbalas ketika kita mencuci rambut sehinggalah selepas cucian. Ini kerana agen anti mikrob masih melekat pada kulit kepala walaupun pada bilasan terakhir.
Dewan Kosmik Januari 2001 Ms 32-33








Friday, January 14, 2011

T.O.L.O.N.G.J.A.N.G.A.N.M.E.N.G.E.L.U.H.

18478_266983248197_532748197_3320232_7375901_n.jpg (500×375)
FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM AL-QURAN :

" SESUNGGUHNYA MANUSIA DICIPTAKAN BERSIFAT KELUH KESAH LAGI KEDEKUT. APABILA DIA DITIMPA KESUSAHAN DIA BERKELUH KESAH DAN APABILA MENDAPAT KEBAIKAN DIA AMAT KEDEKUT" al-Ma'arij : 19-21

mmg dh tertulis manusia ni ckp terkenal dengan sikp suka mengeluh...x terkecuali jugak diri saya sendiri..
bila ada ja yg x kena kompom kluar keluhan2...tapi mengapa jd mcm tu? kenapa mengeluh???

diri sndiri jugak tidak memahami kenapa bgitu sush nk menerima apa yg xsesuai dgn diri...apa yg x sama dgn kehendak diri...jadi susah untuk bersikap redha dan berserah pada apa jua keputusan....
asignment byk pon mengeluh....sdgkan asignment dan apa jua tugsn utk diri kita sndiri..kenapa nak mengeluh??
kdg2 bila ada yg bg alasan penat, x larat, letih dan lain2..sy terpikir bknkah apa yg diberikan utk kita tu berdsrkan thp kemampuan kita jugk...x lebih dan x kurg...ada usaha ada lah ganjarannya

kdg2 naik marah jugk dgn diri sendiri yang slalu mengeluh xpasal2...kdg2 rasa geram jugak dgn diri sendiri sbb x dpt kawal kemarahan...dan kluarlah keluhan demi keluhan...astaghfirullah...astaghfirullah...
ampuni diriku YA ALLAH..atas kelalaianku ini...aduhai...betapa lemahnya diriku ini...senang btoi dibawa2 oleh prasaan....syaitan2 jugk byk mengganggu nie...a'uzubillahiminassyaithonirrojim..

>>>>astaghfirullah<<<<<<
 akhir kata....

istighfar byk2 sebelum kita melepaskan keluhan..

pesanan khas utk diri sendiri semestinya...ALHAMDULILLAH =)))

Thursday, January 06, 2011

wanita oh wanita





Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.
 
Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlahlah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.
 
Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,tersemat jua bersamanya rasa taqwa.
 
Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh.
Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.
Dengarlah wahai wanita.


*****PESANAN BUAT DIRIKU DAN SAHABAT2 WANITAKU*********

vaksin H1N1??? kontroversi

******Dah lama saya dpt emel nie...baru terjumpa balik..so sy nak share info ini********


Di United Kingdom, sebelum vaksin H1N1 diberikan kepada orang awam, setiap doktor dimestikan menerima suntikan vaksin itu terlebih dahulu. Kemungkinan amalan ini juga dilakukan di beberapa negara Asia termasuk Malaysia .
Agak mengejutkan pihak kerajaan apabila 50 peratus doktor-doktor seluruh UK enggan disuntik kerana bimbang akan kesan sampingan daripada vaksin tersebut yang sudah pun diketahui seluruh dunia.
Menurut editor majalah PULSE, Richard Hoey, keengganan doktor-doktor dan para pekerja kesihatan menerima suntikan adalah berpunca dari tanggapan kerajaan telah bertindak di luar batas hak individu seseorang dengan cara memaksa menerima suntikan.
Kenyataan dari Health Protection Agency yang mengatakan vaksin H1N1 boleh menyebabkan barah dan Sindrom GBS masih lagi diterima dengan yakin oleh kebanyakan doktor serta pekerja kesihatan. Ini berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh majalah PULSE dan majalah GP di UK .
Keengganan kebanyakan doktor-doktor di UK menerima suntikan telah menimbulkan kemarahan Prof. Dr. David Salisburry iaitu Pengarah Jabatan Imunisasi di Kementerian Kesihatan UK . Beliau menegaskan setiap pekerja kesihatan sama ada doktor atau kakitangan hendaklah melaksanakan dasar yang telah ditetapkan kerajaan.
Penentangan pemberian vaksin di Australia
Di Australia, presiden Australasian Society for Infectious Diseases (ASID) iaitu Prof. Tom Gottlieb telah menghantar surat bantahan program pemvaksinan kepada kementerian kesihatan Australia . Di dalam surat tersebut Prof. Tom Gottlieb menyatakan mereka bimbang akan berlakunya jangkitan penyakit akibat pencemaran darah melalui suntikan.
Penentangan pemberian vaksin di Kanada
Di Kanada, Canwest News Service melaporkan majoriti doktor-doktor dan pekerja-pekerja kesihatan tidak mahu disuntik vaksin H1N1. Keengganan doktor-doktor ini amat merungsingkan pihak kerajaan Kanada sehingga mendesak Persatuan Perubatan Kanada mengeluarkan arahan memaksa ribuan doktor dan pekerja kesihatan mengambil vaksin H1N1.
Secara logiknya, kita sendiri sudah mendapat jawapannya mengapa ribuan doktor dan pekerja kesihatan di Kanada enggan mengambil vaksin tersebut. Jika mereka yakin vaksin H1N1 tidak merbahaya mengapa pula mereka sendiri enggan mengambilnya.
Vaksin H1N1 juga penyebab kanser
Pakar paru-paru dari Jerman, Dr. Wolfgang Wordarg mendakwa vaksin H1N1 yang bakal disuntik kepada masyarakat juga dikhuatiri boleh meningkatkan kadar penyakit barah paru-paru. Dakwaan itu berasaskan penyelidikan yang dibuat ke atas vaksin keluaran farmasi Novartis.
Menurutnya lagi, peningkatan kadar penyakit barah dalam badan kemungkinan berpunca dari sel-sel binatang yang dimasukkan di dalam vaksin oleh pihak pengilang. Dr. Wolfgang Wordrag menyimpulkan bahawa; 
“People’s fear of the pandemic as an “orchestration”: “It is great business for the pharmaceutical industry”
Kenyataan Dr. Wolfgang di dalam akhbar Jerman, Neuen Presse juga disokong oleh presiden Paul Ehrlich Institute iaitu Dr. Johannes Lower. Beliau mengatakan kesan sampingan yang bakal dihasilkan oleh vaksin H1N1 dijangka lebih berbahaya daripada virus H1N1 itu sendiri.
Usaha Kapitalis Memujuk Doktor-Doktor di UK
Propaganda kapitalis Yahudi semakin jelas dalam isu Selsema Babi sejak kebelakangan ini.. Pada 30 Julai 2009, Daily Mail mendedahkan kerajaan Britain akan membayar £7.51 (RM51) bagi setiap suntikan yang dibuat ke atas orang ramai. Bagi mendapat bonus tersebut, para doktor hendaklah terlebih dahulu menandatangani suatu perjanjian dengan kementerian kesihatan UK .
Berdasarkan peruntukan kerajaan, kemungkinan seorang doktor akan diperuntukkan 1800 orang pesakit bagi sesuatu kawasan. Agihan ini menunjukkan setiap doktor yang terlibat dalam perjanjian ini akan memperoleh sekurang-kurangnya £27,000 pound(RM183,600) dalam sesuatu masa.
Nilai yang diperoleh oleh doktor menunjukkan keuntungan dari program vaksin H1N1 melebihi jumlah gaji tahunan doktor-doktor di UK iaitu £107,000 setahun. Daily Mail juga mendedahkan kerajaan UK telah pun menyediakan belanjawan khusus sebanyak £600 juta hanya untuk imbuhan memujuk doktor-doktor di UK menyokong program pemvaksinan ini.
Boleh dikatakan sekarang doktor-doktor di UK tersepit sama ada untuk memilih hak-hak kemanusian atau bonus sekali seumur hidup. Bonus daripada Vaksin H1N1 yang dijanjikan pada Julai 2009 ini memperlihatkan kerajaan UK sudah menghidu akan bantahan yang bakal dibuat oleh Health Protection Agency dan Persatuan Ahli Neurologi di Britain pada 26 Ogos 2009.
Laporan akhbar di Malaysia tidak profesional
Tidak pasti apa yang ada di dalam kepala para editor bagi akhbar-akhbar tempatan di Malaysia . Tiada langsung isu-isu H1N1 dibincangkan secara kritis dalam usaha mewujudkan momentum kesedaran di kalangan masyarakat. Isu artis dan selebriti sampah masih lagi mendominasi berita di dada-dada akhbar.
Selsema Babi yang ditakuti babi sendiri ini pun masih dianggap enteng dan setaraf dengan berita-berita tabloid. Seperti yang kami artikelkan dahulu, kerajaan Malaysia masih lagi seronok membilang angka-angka kematian dikalangan masyarakat. Program-program yang melibatkan orang ramai masih lagi dianjur oleh pihak kerajaan.
Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia pula masih diam dan tiada satu laporan analisis berkaitan vaksin yang dikeluarkan. Apa yang diperoleh dari persatuan ini hanyalah laporan-laporan tentang majlis-majlis makan malam yang dianjurkan di hotel. Semuanya kelihatan taksub dengan berita-berita propaganda dari WHO a.k.a World Health Order.
Persatuan Pengguna pula tidak mengeluarkan isu-isu yang dibangkitkan oleh persatuan-persatuan pengguna di US dan UK . Sebelum ini Persatuan Pengguna Malaysia amat gagah menyelongkar kandungan-kandungan geletin haram di dalam produk-produk makanan. Banyak laporan-laporan penyelidik dari makmal di US dicanang di Malaysia tetapi apabila pengguna-pengguna di US membantah penggunaan vaksin tidak pula maklumat itu dihebahkan.
Program Pemvaksinan adalah salah satu perang akhir zaman
Tanggapan terbaik yang boleh dibuat untuk isu H1N1 ialah ia merupakan satu bentuk perang moden yang sudah keluar dari definasi perang konservatif. Umumnya kita dididik dengan takrifan bahawa perang mestilah berpakaian seragam hijau, bersenjata dan berkawad tetapi situasi H1N1 ini sedikit sebanyak membuktikan takrifan perang terlalu luas dan tidak hanya bergantung kepada sejumlah perkataan yang terhimpun di dalam kamus Oxford sahaja.
Ternyatalah bahawa kamus yang diiktiraf oleh badan-badan akademik antarabangsa itu sebenarnya telah berjaya menyekat ruang pemikiran manusia berdekad-dekad daripada berfikir secara ‘out of box’. Maka untuk memecahkan halangan yang dibina oleh kamus itu pula memerlukan situasi besar berskala global misalnya isu H1N1 ini.
Berperang di luar takrifan perang lebih menyukarkan ramai pihak khususnya pihak Islam sendiri kerana perang cara ini lebih mengutamakan ketajaman pemikiran dan strategi yang tinggi. Maka di sini haruslah kita berhati-hati dengan cuba mengikuti perkembangan semasa satu per satu tanpa hanya bermalas-malasan dengan doa tetapi langsung tiada usaha membaca.
Mangsa sebenar perang vaksin ini adalah masyarakat yang tidak mahu mengikut arus pembangunan isu dunia serta tidak mahu mengambil berat terhadap sesuatu masalah yang timbul.
Program pemvaksinan yang telah berlaku berbelas-belas kali di seluruh dunia ini kami teorikan ia sebagai satu perang dunia ketiga yang mana semua manusia menjadi mangsa peluru virus. Undang-undang yang terpahat di WHO adalah umpama tempat membuat keputusan ketenteraan Illuminati manakala pengilang-pengilang farmasi dunia umpama kilang-kilang peluru halimunan yang sedikit demi sedikit mencengkam nyawa manusia.
 
Agen-agen Illuminati sedar, berperang secara nyata dengan umat Islam hanya akan membangkitkan semangat jihad dan perpaduan seluruh dunia. Perpaduan yang jitu ini sudah pasti akan mendesak campur tangan dari para wali yang tidak diketahui lokasinya dalam menghadiahkan doa-doa kehancuran untuk kelompok Yahudi Zionis.
Kami lebih mengesyaki program pemvaksinan yang dilihat mulia dari luar ini kepada salah satu program peperangan kerana mengikut sejarah perubatan, Bapa Pemvaksinan dunia iaitu Dr. Edward Jenner adalah seorang ahli Freemason. Pada 1812, Jenner telah dianugerahkan Worshipful Master di Lodge of Faith and Friendship Berkeley, Gloucestershire, Britain .
 

Monday, January 03, 2011

sharing is caring....

ASSALAMUALAIKUM...
ok..saja nak share subjek untuk sem 6, tahun 3...
  • PENGURUSAN & KESELAMATAN BAHAN TOKSIK - best tapi tough la kan...

  • KAWALAN DAN PENGURUSAN PENYAKIT TAK BERJANGKIT- best jugak tau pasai penyakit2 yang x berjangkit nie...tapi byk sgt topik takot tak tercover plak nnt...mntk2 dimudahkan la

  • LATIHAN INDUSTRI - utk praktikal sem nie
  • KAEDAH PENYELIDIKAN KESIHATAN- yang nie plak untuk tau mcm mana nak buat research, mcm mana nak mula,,macam mana nak collect data....mcm mana nak analisis data

  • KESELAMATAN MAKANAN UNTUK KESIHATAN PENGGUNA- yg ni pon best untk tau benda2 yg bleh mencemarkan makanan yg kita mkn...penyebab cirit birit dan keracunan makanan

  • ERGONOMIK- yg ni pon ok kot..pasai interaction antara kita dgn benda yg kita guna...mcm contoh kita guna lptop nie..ada cr dia...nak jaga tulang blakang kita...kita kena duduk tegak...tgn plak kna bg lurus utk menaip pa smua...hehe


NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...