Pages

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 28, 2011

Kempen Penyakit Tidak Berjangkit Dipergiat Kepada Pengendali Makanan







SINTOK, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Kesihatan mempergiatkan kempen kesedaran pada kalangan pengendali makanan mengenai penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan hipertensi bagi menggalakan penyediaan makanan sihat.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana pengendali makanan memainkan peranan penting dalam memberikan pemakanan yang sihat kepada masyarakat.

"Kita adakan kempen kepada pengendali gerai seperti pengusaha teh tarik, kita mahu mereka kurangkan susu dan gula dalam minuman mereka. Kempen akan dilakukan secara lebih besar untuk mewujudkan kesedaran supaya kadar penyakit tidak berjangkit dapat dikurangkan," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau yang ditemui selepas melancarkan Program Siswa Sihat 1Malaysia di Universiti Utara Malaysia (UUM), berkata program itu sebahagian daripada Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit yang dijalankan sejak Disember lepas.

"Elemen makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal merupakan fokus utama dalam pelan itu. Kesedaran tentang perkara ini memang sudah ada cuma amalan saja tidak begitu dibudayakan," katanya.

Katanya Malaysia kini di kedudukan pertama di Asia Tenggara daripada segi obesiti dan keenam di Asia.

"Dari segi penyakit kardiovaskular (jantung dan strok) pada 2010, ia menjadi penyebab utama kematian di hospital-hospital Kementerian Kesihatan. Sebanyak 25.4 peratus atau 11,812 kematian disumbangkan oleh penyakit kardiovaskular," katanya.

Rosnah berkata penyakit kardiovaskular juga penyebab utama kematian pramatang di hospital kerajaan.

"Sebanyak 35 peratus kematian akibat penyakit kardiovaskular adalah di kalangan mereka yang berusia kurang daripada 60 tahun," katanya.

Mengenai program hari ini, Rosnah berkata langkah itu bertujuan mendidik masyarakat khususnya penuntut universiti agar menjalani kehidupan yang sihat.

"Program yang dijalankan di empat zon ini memfokuskan kepada amalan berjalan 10,000 langkah sehari dan mengurangkan pengambilan lemak.

"Program itu diadakan hari ini dan esok di UUM bagi Zon Utara. Bagi Zon Tengah di Universiti Kebangsaan pada 8 hingga 9 Okt, Zon Sabah di Universiti Malaysia Sabah pada 14 dan 15 Okt manakala Zon Timur di Universiti Malaysia Terengganu pada 23 dan 24 Okt," katanya.

-- BERNAMA






Sunday, September 25, 2011

SILA BERHATI2 WAHAI KAUM WANITA YG DRIVING ESPECIALLY!!!

INFO PENTING !
Peringatan kepada semua! Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Aten dan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi di kerusi belakang. Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.
Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita.
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
Pertama, Wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
  1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
  2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
  3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam
credit to ::: http://aduhaimedia.com

NAK REZEKI MURAH TAK?

LINKAGE~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...